Monday, 24 March 2014

Hamba yang Sempurna

Dalam meniti hidup ini
Sering bimbang bila di hadapan
Merasa beban yang dipikul terlalu mega
Namun aku lupa
Untuk menjadi yang di belakang juga tak mudah
Tak layak menempa darjat selagi tak sempurna
Melihat tugas sekelumit cuma
Sedang usaha tak seiring cinta
Atau mungkin sebenarnya
Tak cukup cinta?
Di mana hati ini
Di situ tekad bermula
Tiba masa jitukan jiwa
Kerana Dia sayangkan kita
Terlalu sayang
Sedang Dia tak pernah putus asa
Kenapa kita terlena di tengah jalan luka?
Bila difikir baru jelas
Ini semua tak wajar
Kerana Dia pemegang jiwa
Minta dan terus minta
Bersama usaha
Janji Dia, bukan urusan kita
Gagahkan langkah
Menuju sempurna
Insyaallah

No comments:

Post a Comment