Tak kuat
Tapi mencuba
Sebab aku takkan lupa
Tuhan lihat usaha
Satu satu ya?
Aku usahakan
Cuba janji pada diri sendiri
Sebab aku tahu
Untuk janji dengan yang lain
Tak kemana
Tuhan
Bantu aku ya?
Aku mahukan sayangMu
Aku usaha
Aku janji
Tak kuat
Tapi mencuba
Sebab aku takkan lupa
Tuhan lihat usaha
Satu satu ya?
Aku usahakan
Cuba janji pada diri sendiri
Sebab aku tahu
Untuk janji dengan yang lain
Tak kemana
Tuhan
Bantu aku ya?
Aku mahukan sayangMu
Aku usaha
Aku janji
Tak pernah aku sangka
Diperlakukan sebegini rupa
Sekali lagi
Padan muka
Dah tahu ini padahnya
Tapi degil nak cuba juga
Jangan salahkan orang lain
Salah sendiri
Tampar muka tu sendiri
Bagi rasa
Bagi luntur sikit degil tak makan saman tu
Istighfar
Jangan lupa ini tanda Allah sayang
Dia sayang sangat.
Lumrah manusia
Ada naik turunnya
Saat dibawah
Sakitnya Tuhan saja yang benar faham
Saat Tuhan julang
Rasa bahagia ini sangat bernilai
Rasa disayangi oleh yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang
Tak ada kata mampu jadi metafora
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Thumma alhamdulillah
Tuhan
Moga setiap bahagia ini dititip bersama redhaMu
Tak layak hamba hina ini meminta lebih dari itu
Terima kasih
Kerana Kau masih sayangkan insan penuh dosa ini
Sungguh hati ini milik Engkau
Selamanya milikMu
Ada orang kata
Kita tak pernah tahu siapa yang bakal tersentuh dengan kata kata kita
Mungkin nampak remeh
Tapi yang kecil itulah menjadi penguat semangat pada yang kian tewas
Jadi
Jangan berhenti
Jangan berhenti menjadi inspirasi
Teruskan menulis
Aku jamin ada yang tersenyun
:)
P/S: spring is here ! Alhamdulillah (:
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih dari itu
:)
Senyum dan terus melangkah
Coz some things are not worth to be cried for.
Dalam meniti hidup ini
Sering bimbang bila di hadapan
Merasa beban yang dipikul terlalu mega
Namun aku lupa
Untuk menjadi yang di belakang juga tak mudah
Tak layak menempa darjat selagi tak sempurna
Melihat tugas sekelumit cuma
Sedang usaha tak seiring cinta
Atau mungkin sebenarnya
Tak cukup cinta?
Di mana hati ini
Di situ tekad bermula
Tiba masa jitukan jiwa
Kerana Dia sayangkan kita
Terlalu sayang
Sedang Dia tak pernah putus asa
Kenapa kita terlena di tengah jalan luka?
Bila difikir baru jelas
Ini semua tak wajar
Kerana Dia pemegang jiwa
Minta dan terus minta
Bersama usaha
Janji Dia, bukan urusan kita
Gagahkan langkah
Menuju sempurna
Insyaallah
Dia datang
Membawa ujian-setakat ini yang terhebat untuk aku
Aku diam, hilang bicara
Aku lari, hinanya aku
Tuhan
Aku tahu Kau beri sebab Kau percaya aku mampu
Tapi aku sendiri tak tahu
Di mana arahku kini
Tuhan
Hatiku tak tenang
Aku tahu ada langkah perlu ku jejak
Tapi aku ketakutan
Aku lari dari ujianMu
Hinanya aku Tuhan
Hinanya aku
Tunjukkan aku jalan kembali
Tunjukkan dia jalan padaMu
Demi Kamu, aku sayangkan dia
Tapi
Aku kalut
Aku pengecut
Aku lari ya Allah
Hinanya aku
Tuhan
Ampunkan dosa ini
Hapuskan kehinaan ini
Bantu aku Tuhan
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa
لا حول ولا قوت إلا بالله العليّ العظيم