Tuesday 16 September 2014

Aku, Tuhan dan Hati

Terpanggil untuk kembali menulis,
Operasi kembali mengingatkan diri sendiri.
Tanda sayang dan syukur pada Ilahi.
Dikurniakan teman penuh kasih sayang.
Dipinjamkan keluarga yang tak henti henti mendoakan kesejahteraan diri ini
Jauh tak tergapai
Tapi tetap utuh dalam doa rabitah
Naik turun aku
Hitam putih aku
Kau masih ada disitu
Menyatakan tanda sayang
Menyedarkan tanda rindu
Pada hambaMu yang hina dilumuri dosa ini

Masih terkesan dengan perkongsian Ukht Umairah minggu yang lalu
Surah Al-Anfal ayat 24



Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Hati kita, bukan kita punya
Antara kita dan hati kita, ada Dia
Hebat, Maha Hebat
Sedang segumpal darah sebesar genggaman tangan pun 
Dia yang jaga
Dia yang berkuasa
Kita tak punya apa-apa
Melainkan usaha dan doa
Teruskan berdoa wahai diri 
Berdoa agar Tuhan tetap jagakan kamu
Agar Tuhan tetap sayangkan kamu

Bicara tentang dosa
Tak terbilang
Andai kau rasa khilafmu selautan
Ada lagi yang dibebani dosa lebih dari kamu
Persoalannya kini bukan pada beratnya kesilapan
Tapi pada ikhlasnya kamu memohon ampun
Dari Yang Maha Pengampun
Lagi Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang

Jangan berhenti
Belum masanya
Teruskan usaha wahai hati