Friday 6 December 2013
Wednesday 4 December 2013
Thursday 21 November 2013
Rahman
Sunday 17 November 2013
Mengadu
Kalau sedih, mengadu
Kalau luka, mengadulah
Kalau rindu, dipersilakan mengadu
Kalau marah, mengadu mengadu
Kalau tak berdaya, tolong mengadu
Mengadu pada Dia
Kan kita tahu
Dia Maha Mendengar
Dia takkan jemu dengar rengekan kita
Dia memberi pada yang meminta
Mohon agar terus kuat
Dia sentiasa ada :)
Monday 28 October 2013
Hilang
Bila kosong
Segalanya nampak luas
Sepi tak terisi
Tapi mengapa rasanya terlalu sesak?
Bagaikan tak cukup ruang untuk bernafas
Kerana apa yang dilihat mata itu penipuan
Kerana yang benar melihat itu mata hati
Sedar diri dibaham janji palsu
Terduga mencari jalan pulang
Tapi fitrah tak mampu disangkal
Tetap yang haq jadi pilihan
Tiada apa yang mudah
Kerna yang punya kuasa bukan kita
Tapi Dia
Sang Pencinta
Sedegup yang dirasa
Penuh dengan cinta
Biar mata hati yang menilai
Jangan biar ilusi menawan takhta
Nanti yang luka, kita sendiri
Janji pada diri
Pada setiap jatuh, jangan lupa bangkit
Bangkit bersama kasih sayangNya
Dia sayang kita
:)
Monday 21 October 2013
Bertubi tubi Tuhan beri peluang
Berkali kali juga aku lari
Lari dari bahagia
Lari dari cinta Dia
Kenapa begini?
Gelap rasanya hati ini
Terlalu gelap sampai sanggup menutup jalan pulang
Sedang rahmat Dia jauh lebih luas dari derita ini
Allah
Bantu jiwa ini
Jangan biar aku jauh lagi
Rasa ini terlalu menyeksa
Friday 18 October 2013
:'(
Bila bahagia itu bukan saja milik aku
Tapi juga milik kamu
Lelah rasanya sembunyikan bahagia ini
:'(
Thursday 10 October 2013
Bangkit !
Ini bukan satu renungan kosong
Tak gagah andai hasilnya secebis cuma
Renung biar dalam
Biar tembus satu persatu
Lapisan legap jahiliyyah
Moga renung itu jadi langkah pertama
Langkah mulia menghapus yang legap itu
Mungkin bakal rebah di perjalanan
Tapi Tuhan kan dah berjanji
Rezeki pasti ada pada yang berusaha
Maka bangkitlah
Bangkitlah jiwa
Dunia ini masih perlukan kamu
Masih butuh khalifah berjiwa besar
Janji pada diri
Jangan lupa untuk bangkit
Bangkit demi cinta Dia (:
Tuesday 8 October 2013
Sahabat
Kau tahu dia bukan saja seorang teman
Tetapi seorang sahabat
Bila bicaranya mampu mengukir senyum
Dan juga membuat kau menangis
Dalam satu masa yg sama
Kau tahu dia seorang sahabat
Bila hadirnya sentiasa dinantikan
Kerana keberadaannya
Membawa bersama rasa yang tenang
Kau tahu dia seorang sahabat
Bila disebut namanya
Semua memori melimpah tanpa dipaksa
Sahabat sampai syurga,
Jiwa kamu inspirasi bagi aku.
Moga Allah redha dengan ukhwah ini :')
AAR
Monday 7 October 2013
Pelangi
Merah
Mengalir pergi bagai tak bernilai
Membanjiri jalan jalan sepi
Yang hanya ditemani tangisan tanpa henti
Jingga
Sang suria menjengah tanpa jemu
Membawa harapan baru
Moga hari ini
Tanah ini milik kita
Kuning
Lambang satu cinta
Terus gagah mempertahankan bahagia
Biar terpaksa luka
Asalkan nafas lega mampu dihela
Hijau
Bayangan damai yang sudah lama hilang
Ditelan rakusnya nafsu manusia
Meninggalkan debu yang merobek jiwa
Menghakis erti sebenar perikemanusiaan
Biru
Itu warna langit dahulu
Kini kelabu diselubungi duka
Namun Dia terus menerus membawa cinta
Buat mereka yang cekal di jalanNya
Ungu
Sesuram itu jiwaku
Menatap luka mereka yang tak tertanggung
Mendengar tangisan insan tak berdosa
Membawa aku ke dunia yang cukup berbeza
Mengajar aku erti syukur
Mengajar aku manis bersaudara
Mengajar aku nilai keamanan
Mendidik aku, memberi itu cinta
Mendidik aku, berkongsi itu ukhwah
Mendidik aku, senyum itu pemula bahagia
Semua ini tanda sayang Dia pada kita
Satunya kita kerana Dia
Tak usah berpaling lagi
Bersama kita menuju yang satu itu
Putih...
Saturday 5 October 2013
Diam
Diam
Biar alam berbicara
Moga tenang hinggap di jiwa
Mungkin tak mudah
Tapi tak salah untuk mencuba
Buka ruang
Beri peluang
Agar mudah mencari makna diri
Kerana yang indah hanya hadir pada yang ingin menerima
Terapi bukan mahal
Cuma perlukan sedikit pengorbanan
Korbankan ego
Terlalu banyak akan sesuatu
Sudah pasti membawa bala
Tenang
Teruskan hidup
Teruskan berdoa
Teruskan berusaha
Teruskan bermimpi
Teruskan percaya pada janji Dia
Syurga itu milik mereka yang berusaha (:
Thursday 3 October 2013
FIRST ! :D
Allahuakbar
Janggal rasanya setelah sekian lama tak berbicara dalam coretan sebegini rupa
Rindu, tak tipu
Maafkan coretan lalu yang penuh dengan jahiliyyah
Moga coretan masa depan lebih tenang dan lebih membawa erti dan pedoman pada yang membaca
(ecewahh ckp cm ade plak orang nak baca kan?)
Fuhhh, tarik nafas dulu...
Haa pastu hembus !
Bagi nafas baru kat blog baru. Hihi ^^,
Tiada perjanjian yang blog ini akan bernyawa sekerap mana ataupun sampai bila
Tetapi bakal diusahakan sebaik mungkin (:
Nak jugak nanti dah tua bangka, dok baca balik benda benda yg dah dilalui 'waktu gemilang' ni kan? haa..
First :
Setiap bicara ini satu tanggungjawab.
So, dipersilakan la tegur jika sekiranya ada benda yg tak patut jadi tatapan manusia sejagat. Okay? Takde istilah, "ini blog aku. suka aku la nak tulis apa." Haa, takde takde. Kalau dah memang cross the line, memang layak la kena tegur kan kan? Saya manusia biasa, yang perlu selalu diberi peringatan (: Insyaallah, bakal melapangkan jiwa untuk menerima pandangan kalian dengan sebaiknya.
Second :
Buang yang keruh, ambil yg mana nak la kan?
Hehe. Mana boleh gituuuu. Hakcipta terpelihara. Sekian.
Sebarang konteks yang dihalalkan untuk dikongsi, akan diumumkan diakhir post.
(Insyaallah kalau ingat :P)
Third :
(and the last one la kot. Satgi nak bebel mcm mcm lagi. Aku tau perangai kau ni Syaza..)
Selamat meneroka coretan yang tak sure lagi ape rupa dia akhirnya nanti.
Doa banyak banyak supaya aku tak merepek je kejenye. Eheh :3