Merah
Mengalir pergi bagai tak bernilai
Membanjiri jalan jalan sepi
Yang hanya ditemani tangisan tanpa henti
Jingga
Sang suria menjengah tanpa jemu
Membawa harapan baru
Moga hari ini
Tanah ini milik kita
Kuning
Lambang satu cinta
Terus gagah mempertahankan bahagia
Biar terpaksa luka
Asalkan nafas lega mampu dihela
Hijau
Bayangan damai yang sudah lama hilang
Ditelan rakusnya nafsu manusia
Meninggalkan debu yang merobek jiwa
Menghakis erti sebenar perikemanusiaan
Biru
Itu warna langit dahulu
Kini kelabu diselubungi duka
Namun Dia terus menerus membawa cinta
Buat mereka yang cekal di jalanNya
Ungu
Sesuram itu jiwaku
Menatap luka mereka yang tak tertanggung
Mendengar tangisan insan tak berdosa
Membawa aku ke dunia yang cukup berbeza
Mengajar aku erti syukur
Mengajar aku manis bersaudara
Mengajar aku nilai keamanan
Mendidik aku, memberi itu cinta
Mendidik aku, berkongsi itu ukhwah
Mendidik aku, senyum itu pemula bahagia
Semua ini tanda sayang Dia pada kita
Satunya kita kerana Dia
Tak usah berpaling lagi
Bersama kita menuju yang satu itu
Putih...
No comments:
Post a Comment